 | | Penternakan kambing Jamnapari dan biri-biri merupakan projek pembangunan ekonomi berbentuk komersial yang diusahakan oleh salah seorang penduduk Kampung Paya Jakas, Khairuddin Sagap. Ternakan kambingnya "menjadi" walaupun ini merupakan pertama kali beliau mengusahakan penternakan kambing secara kecil-kecilan. Jelasnya, bidang penternakan di kampung ini masih belum ramai yang menceburinya. Beliau berniat untuk menjadi perintis dalam bidang penternakan di Kampung Paya Jakas. Khairuddin melihat penternakan kambing berpotensi memberi pulangan yang tinggi untuk menambah pendapatan.
|
|
| | |
|