|

Penempatan Berpusat Di Bandar
Mengikut statistik pada tahun 2007, Bandar Muadzam Shah mempunyai jumlah penduduk sebanyak 15,000 orang. Majoriti penduduk yang tinggal di Bandar Muadzam Shah ialah kaum Melayu, diikuti oleh kaum Cina dan kaum India. Walaupun berlainan bangsa dan agama, masyarakat di sini sentiasa mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Jenis penempatan di sini adalah berpusat kerana pembangunan bandar ini terancang dan tersusun. Cara hidup masyarakat di sini adalah sederhana dan saling membantu agar bandar ini sentiasa aman dan maju.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:48 |