Kampung Limau Kasturi
Kelantan Darul Naim
Kawasan Riadah

Riadah Menjamin Kesihatan

Sebuah padang bola menjadi tumpuan penduduk kampung terutamanya golongan belia untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah. Biasanya mereka akan ke padang bola ini setiap petang, selepas sesi persekolahan, hujung minggu dan cuti sekolah. Selain itu, terdapat sebuah gelanggang badminton yang turut digunakan sebagai gelanggang permainan sepak takraw. Kekurangan kemudahan beriadah di kampung bukan menjadi alasan kepada mereka untuk tidak mengamalkan aktiviti yang sihat.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:52