Kampung Limau Kasturi
Kelantan Darul Naim
Kemudahan Asas

Kemudahan Lengkap

Semua penduduk di Kampung Limau Kasturi menerima kemudahan elektrik, air dan komunikasi. Mereka juga turut disediakan kemudahan seperti balai raya, masjid, sekolah, jalan raya dan juga klinik desa. Kemudahan Internet yang disediakan di klinik desa merupakan kemudahan yang paling banyak mendapat sambutan di kalangan penduduk di sini. Ia sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada masyarakat akan pentingnya teknologi maklumat dalam kehidupan seharian. Kesemua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan akan dinaikkan taraf dari masa ke semasa mengikut tahap pembangunan Kampung Limau Kasturi.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:52