Kampung Limau Kasturi
Kelantan Darul Naim
Pertanian dan Perladangan
Indeks Artikel
Pertanian dan Perladangan
Kemas Kini: 09 Dis 2011
Artikel Asal
Semua Halaman

kk13_PertanianPerladangan_LimauKasturi

Kempen Gerakan Membaja dan Penyampaian Bantuan Tanam Semula

Atas keprihatinan untuk menggalakkan pekebun kecil melibatkan diri dengan program tanamam semula, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.8 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (RISDA) bagi melaksanakan program itu yang membabitkan seluruh pekebun kecil di Kelantan untuk tahun 2012. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, YB Datuk Nozula Mat Diah, peruntukan itu bertambah RM300,000 berbanding tahun 2011 membabitkan keseluruhan peruntukan tanam semula pekebun kecil itu sebanyak RM2.5 juta. Beliau yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Kempen Gerakan Membaja dan Penyampaian Bantuan Tanam Semula di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Limau Kasturi mahu pekebun kecil memanfaatkan bantuan kerajaan itu.

RISDA yang juga sebagai agensi kerajaan pusat sentiasa memantau keperluan pekebun kecil dengan memberi penerangan kaedah yang betul kepada mereka. YB Datuk Nozula menyatakan, semua maklumat berhubung program tanam semula ada di dalam rekod RISDA dan apabila sampai tempohnya, program itu akan dilaksanakan mengikut keluasan kebun getah masing-masing. Pihak kerajaan tidak mahu pekebun kecil terpinggir dalam melaksanakan program tersebut memandangkan kebanyakan mereka tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi tujuan berkenaan. Menerusi kaedah yang betul seperti yang ditunjukkan RISDA, sama ada dari segi tanaman semula dan membaja, pekebun kecil berpeluang memberi pulangan hasil yang lumayan terutama ketika harga komoditi getah yang bertambah baik di pasaran. (KK13: 27 Januari 2012 - Oleh: Azizah Ayub)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 07 Jun 2012 07:38