|

Merapatkan Ikatan Silaturahim
Dianggarkan seramai 2,000 orang tinggal di Kampung Limau Kasturi. Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan hanya terdapat dua buah keluarga kaum Cina yang menetap di sini. Kehidupan masyarakat masih lagi berteraskan adat Melayu tradisional. Budaya ziarah-menziarahi dan semangat kejiranan masih kuat diamalkan di kalangan mereka. Sifat tolong-menolong juga menjadi teras kehidupan masyarakat sekali gus merapatkan ikatan ukhuwah sesama mereka. Justeru, tidak hairanlah masyarakat di sini dapat hidup dengan aman dan damai. Walaupun berlainan bangsa, namun budaya saling hormat-menghormati sentiasa diamalkan. Budaya ini penting bagi meneruskan kesinambungan yang terjalin sejak sekian lama.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 25 Mac 2010 03:48 |