Kampung Limau Kasturi
Kelantan Darul Naim
Sejarah
Indeks Artikel
Sejarah
Artikel Asal
Semua Halaman

kk11_limaukasturi_sejarah

Sejarah Pendidikan Di Limau Kasturi

Pada akhir 1920-an, penemuan emas di Kampung Limau Kasturi telah menarik kedatangan British untuk melombong emas di kawasan perkampungan tersebut. Ekoran itu, jumlah penduduk Kg Limau Kasturi semakin ramai disebabkan pertambahan pekerja lombong yang dibawa oleh British dan ditambah pula dengan jumlah penduduk Kampung Limau Kasturi yang telah sedia ada. Memandangkan jumlah anak-anak pelombong yang terbiar tanpa mendapat pendidikan, maka pada tahun 1931, rombongan yang diketuai oleh Penghulu Kampung Limau Kasturi, Yaakub Mat Salleh telah menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV untuk memohon supaya seorang guru di hantar ke kampung tersebut. Dengan titah baginda, seorang guru telah dihantar dan sebuah sekolah telah didirikan secara gotong-royong.

Sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Limau Kasturi mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Pada akhir 1940-an, sekolah itu terpaksa ditutup dan penduduk terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka kerana diserang tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Namun, setelah Jepun menyerah kalah kepada British, penduduk Limau Kasturi pulang semula ke kampung halaman mereka. Atas usaha penduduk kampung, sebuah sekolah telah dibina dan telah menerima seorang guru untuk berkhidmat di sekolah itu. Sehinggalah kedatangan pihak komunis pada tahun 1953 telah menyebabkan penduduk kembali meninggalkan kampung halaman mereka dan sekolah terpaksa ditutup buat kali kedua. Sehinggalah sekitar tahun 1948, atas usaha penghulu baru ketika itu, Daud Mahmood, sekolah baru telah dibina pada tahun 1962 dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi sehingga kini. (KK11: 01 Oktober 2011 - Oleh: Azizah Ayub)



Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 17 Januari 2012 08:49