|

USP Di Klinik
Sekiranya kampung-kampung lain menjadikan perpustakaan sebagai tempat untuk menyalurkan kemudahan siber, di Kampung Limau Kasturi pula berlainan caranya. Sebuah klinik desa berperanan dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk terutamanya mereka yang dahagakan maklumat dan pengetahuan. Sudut projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi klinik desa ini terletak di ruang utama bahagian klinik tersebut. Dua buah komputer berserta dengan sebuah mesin pencetak disediakan di ruang ini secara percuma. Penduduk kampung hanya perlu mendaftar di buku pendaftaran yang disediakan sebelum dibenarkan menggunakan kemudahan ini. Tiada had masa ditetapkan untuk mereka yang ingin menggunakan kemudahan Internet, namun sekiranya ramai yang ingin menggunakannya, maka had masa selama 30 minit seorang ditetapkan.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 07 Jun 2010 09:37 |