Kampung Repoh
Perak Darul Redzuan

Air Terjun Telaga Tujuh bukan sekadar pusat bekalan air untuk penduduk Kampung Repoh tetapi juga sebagai destinasi air terjun yang menarik. Ramai pengunjung ke Telaga Tujuh kerana air terjunnya yang dingin dan menyegarkan. Panoramanya yang menarik turut menjanjikan suatu kedamaian yang pasti kekal diingatan pengunjung. Dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hutan yang kehijauan serta kicauan burung dari pelbagai spesies cukup menarik perhatian. Air terjunnya yang jernih dan tidak tercemar juga memberikan kesegaran yang pasti tidak akan pernah luput dari ingatan pengunjung.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 06 Mei 2010 17:21