Kampung Repoh
Perak Darul Redzuan
Kawasan Riadah

Destinasi Kedamaian

K

awasan riadah merupakan destinasi yang sering menjadi tumpuan penduduk kampung  untuk melakukan pelbagai aktiviti secara beramai-ramai terutama pada waktu petang. Kawasan riadah kebiasaannya dipenuhi oleh golongan muda yang sememangnya menyukai aktiviti sukan. Walau bagaimanapun, penduduk Kampung Repoh lebih gemar berkunjung ke tempat-tempat yang boleh beristirahat untuk seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Destinasi yang sering menjadi tumpuan penduduk kampung ini untuk beriadah ialah di Kem Rimba Rekreasi Sempeneh yang terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Repoh.

Menurut penduduk Kampung Repoh, Kem Rimba Rekreasi Sempeneh menjanjikan panorama yang indah bagi pengunjung kerana air terjunnya yang jernih dan dingin. Selain itu, ia dikelilingi dengan pokok-pokok hutan yang penuh kedamaian serta memberi ketenangan yang tiada di kota. Bagi pengunjung yang teringin merasai kedamaian dan ketenangan di sini jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama keluarga beriadah di tempat menarik ini.

 

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 08 Mei 2010 17:48