|

Kerjasama Pastikan Penduduk Selamat
B alai Polis Batu Kurau merupakan pusat rujukan tentang hal-hal keselamatan penduduk Kampung Repoh lantaran ketiadaan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Semua aduan berkaitan keselamatan dibuat di balai polis ini. Pihak polis juga sering membuat rondaan untuk memastikan penduduk kampung berada dalam keadaan selamat dan tidak berlaku sebarang keadaan yang mencurigakan di kampung-kampung sekitar Batu Kurau. Biro Keselamatan yang diketuai oleh Mohd Taib Hashim turut bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk kampung. Beliau dan penduduk kampung sering membuat rondaan segera sekiranya mendapat aduan. Biro ini juga bekerjasama dengan pihak polis dan penduduk kampung dalam memastikan kampung sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk didiami.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 09 Mei 2010 04:24 |