Kampung Repoh
Perak Darul Redzuan
Pendidikan

Tingkatkan Mutu Pendidikan Masyarakat

S

ekolah sebagai sebuah pusat ilmu yang berkembang pesat untuk meningkatkan mutu pendidikan setiap masyarakat sejak dari kecil. Di sini peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk perasaan mementingkan ilmu dalam kehidupan anak-anak mereka. Selain itu, pendidikan secara tidak formal juga dititikberatkan kepada anak-anak muda di sini. Kelas agama dan kelas Fardu Ain turut diadakan untuk memberikan pendedahan ilmu agama supaya anak-anak mereka mendapat ilmu dunia dan akhirat yang seimbang.

Terdapat beberapa buah sekolah yang didirikan di Kampung Repoh untuk anak-anak penduduk kampung ini. Pusat pendidikan awal didirikan untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun iaitu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Tabika ini menempatkan kira-kira 27 orang kanak-kanak. Di sini, kanak-kanak ini menerima pendidikan berkonsep 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

Sekolah Kebangsaan Kampung Repoh yang memuatkan kira-kira 360 orang pelajar termasuk pelajar prasekolah. Pelajar di sini diajar asas bagi setiap sukatan pelajaran seperti Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan sebagainya. Pada tahun akhir di sekolah rendah, murid-murid di sini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dalam mendapatkan pendidikan formal di sekolah rendah, anak-anak penduduk di sini turut dihantar ke Sekolah Agama Rakyat Irsyaadiah untuk mendapatkan pendidikan agama. Hal ini bagi memastikan anak-anak penduduk kampung menerima pendidikan yang seimbang untuk bekalan dunia dan akhirat.

Lantaran ketiadaan sekolah menengah di Kampung Repoh, semua murid sekolah rendah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah perlu ke Pekan Batu Kurau iaitu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamarudin.

 

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 08 Mei 2010 19:26