|
Perikanan dan Penternakan |
|

Pendapatan Lumayan Ternak Ikan Keli
Pengalaman bekerja dengan kolam penternakan di Ijok menyebabkan Jamaliah Omar mengorak langkah membuka perusahaan ternakan ikan kelinya sendiri. Pendapatan yang lumayan turut mempengaruhi niat beliau. Penternakan ikan keli beliau berbekalkan modal sendiri iaitu sebanyak RM100,000. Pada ketika itu, Jamaliah telah membeli anak ikan kira-kira 120 ribu ekor bagi sebuah kolam. Anak-anak ikan keli ini dibeli daripada pembekal ikan keli di Jawi, Ipoh.
Ikan keli Jamaliah bukan sekadar merangkumi pasaran dalam negara malahan pasaran luar juga kerana ikan keli beliau turut dibeli oleh pemborong dari Thailand untuk dipasarkan di sana. Lantaran itu, pendapatan yang diperoleh daripada ternakan ikan keli ini lumayan yang mencecah kira-kira RM30,000. Walau bagaimanapun, pendapatan ini bergantung kepada berapa ekor ikan keli yang boleh dipasarkan.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 08 Mei 2010 15:45 |