|

Penduduk Berbakti Pada Tanah
P enduduk Kampung Repoh aktif berbakti pada tanah dengan menanam buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya di tanah pusaka milik mereka. Hasil tanaman dijual secara kecil-kecilan kepada peraih ataupun dijual sendiri di tepi jalan. Antara buah-buahan tempatan yang ditanam di sini ialah betik, rambutan, durian dan sebagainya. Mereka juga menjadi pemborong buah-buahan bagi pengusaha-pengusaha ladang buah-buahan di sini. Pemborong di sini akan menjual buah-buahan kepada peniaga-peniaga di Pekan Batu Kurau. Segelintir penduduk di sini menyara kehidupan mereka dengan membuka perniagaan sendiri. Kebanyakannya membuka kedai runcit, kedai makan, gerai-gerai makanan di kampung-kampung kecil ataupun di hadapan rumah mereka sendiri. Lantaran itu, mereka tidak perlu lagi ke Pekan Batu Kurau untuk mendapatkan bekalan barangan runcit ataupun keperluan-keperluan lain.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 07 Mei 2010 06:55 |