Kampung Repoh
Perak Darul Redzuan
USP
Indeks Artikel
USP
Kemas Kini: 9 April 2012
Kemas Kini: 09 Feb 2012
Kemas Kini: 13 Dis 2011
Kemas Kini: 30 Sept 2011
Kemas Kini: 11 Julai 2011
Kemas Kini: 28 Mac 2011
Kemas Kini: 16 Dis 2010
Kemas Kini: 15 Jun 2009
Artikel Asal
Semua Halaman

kk14_repoh_usp

Ahli Yang Kreatif

Pada 25 Mei 2012 yang lalu, Perpustakaan Desa (PD) Kampung Repoh telah mengadakan aktiviti sukaneka yang disertai 24 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Aktiviti yang diadakan di PD Kampung Repoh itu melibatkan pertandingan makan epal. Menurut Pembantu Operasi PD Kampung Repoh, Nurul Husna Tajudin, aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PD dan dalam masa yang sama mengisi kalendar aktiviti PD. Untuk pertandingan ini, setiap peserta perlu menghabiskan sebiji epal hijau yang diletakkan di atas meja. Pertandingan itu lebih mencabar apabila para peserta tidak dibenarkan memegang buah epal tersebut. Tambah Nurul Husna, pelbagai gaya dan ragam peserta dapat dilihat sepanjang pertandingan itu.

Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, PD Kampung Repoh telah mengadakan aktiviti membuat kad ucapan hari guru pada 19 Mei 2012 yang lalu. Aktiviti itu disertai seramai 18 orang peserta iaitu remaja dan kanak-kanak. Setiap peserta dibekalkan dengan peralatan melukis seperti kertas warna, warna pensel, gam dan gunting. Seterusnya mereka perlu menghasilkan kad ucapan yang cantik dan menarik mengikut kreativiti masing-masing. Manakala aktiviti terakhir bagi bulan Mei 2012 yang telah berlangsung adalah aktiviti membuat kad ucapan hari ibu yang disertai seramai 12 peserta iaitu kanak-kanak dan juga remaja. Sama seperti membuat kad ucapan hari guru, peserta turut dibekalkan peralatan melukis dan membuat kad tersebut mengikut tahap kreatif masing-masing. Semua aktiviti yang diadakan selain mengisi masa terluang ahli PD, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. (KK15: 19 Jun 2012 - Oleh: Azizah Ayub)

Sumber: Pembantu Operasi PD Kampung Repoh, Nurul Husna Tajudin



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 18 Oktober 2012 02:48