|
Laman 1 dari 2 
Kursus Patriotisme Rakan Muda
Persatuan Belia Gugusan Sempenih yang diketuai oleh Mohd Nor Mohd Daud telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), Kampung Sempenih Cempaka menganjurkan Kursus Patriotisme Rakan Muda Benci Dadah pada 9 hingga 10 Jun 2009. Kursus selama dua hari ini bertempat di Chalet Seri Cempaka disertai seramai 80 orang peserta yang merupakan belia Kampung Sempenih dan sekitarannya.
Bermula pada jam 8.00 pagi, konvoi bermotosikal para peserta tersebut dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Dato' Hj. Mohamad Daud Hj. Mohd Yusoff. Konvoi telah tiba di Chalet Seri cempaka pada jam 11.00 pagi dan disambut oleh JKKK Kampung Sempenih Cempaka.
Bagi menepati pengisian kursus, ceramah mengenai gejala dadah telah disampaikan oleh wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak. Kemudian, ia disusuli dengan ceramah mengenai gejala sosial remaja yang memfokuskan tentang "Mat Rempit" yang disampaikan oleh pegawai dari Balai Polis Selama. Pada waktu petang pula slot rekreasi diadakan dan aktiviti menguji ketangkasan peserta seperti flying fox dan meredah hutan diadakan.
Pada hari kedua, peserta melakukan pelbagai aktiviti berkumpulan dan acara sukan. Melalui kursus sebegini, dapat dilihat golongan belia merupakan tonggak harapan negara yang perlu dibimbing secara terancang dan berterusan. Kursus yang berakhir pada jam 1.00 petang telah ditutup dan disempurnakan perasmian oleh Pengarah Pejabat Belia Daerah Selama. (Kemas Kini: 18 Jun 2009)
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 05 Mei 2010 02:17 |