Kampung Sempenih Cempaka
Perak Darul Redzuan

Kampung Sempeneh Cempaka terletak di Daerah Larut dan Matang, Mukim Batu Kurau. Kedudukannya yang terletak di kaki Gunung Kurau membuatkan kampung ini unik kerana berlatarbelakangkan keindahan gua batu kapur. Kampung ini merupakan destinasi terakhir buat para pengunjung yang ingin mendaki Gunung Kurau. Kecantikan stalaktit dan juga stalagmit yang terbentuk daripada titisan air yang berlaku beratus-ratus tahun yang lalu menambahkan lagi keindahan gua batu kapur ini. Terdapat beberapa buah gua yang diberi nama berdasarkan kepada rupa bentuk stalaktit dan juga stalagmit yang terdapat di dalam gua. Antaranya ialah Gua Harimau, Gua Bersanding, Gua Bertapa dan Gua Kelawar.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 08:00
 

Perpustakaan Desa Gugusan Sempeneh, Kampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan

Hit Paparan Kandungan : 14190
Kemas Kini :
14-09-2012 08:16