|
Laman 1 dari 2 
Penyampaian Bantuan Kebakaran
Dalam usaha melihat kebajikan penduduk sentiasa terbela, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, YB Kapten (B) Dato’ Haji Mohd Najmuddin Haji Elias Al Hafiz sering turun padang untuk membantu penduduk yang sememangnya memerlukan sumbangan dan bantuan. Terbaru, beliau telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada salah seorang penduduk Kampung Sempenih Cempaka yang telah mengalami bencana kebakaran. Mangsa yang dikenali sebagai Faridah memperoleh bantuan tersebut sejurus menerima kunjungan YB Kapten (B) Dato’ Haji Mohd Najmuddin yang datang melawat keadaan rumahnya.
Bantuan yang diberikan kepada Faridah berupa wang tunai sebanyak RM2,500.00 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala pihak Baitulmal telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan masih dalam proses kelulusan. Dalam perkembangan sama, YB Kapten (B) Dato’ Haji Mohd Najmuddin juga telah memanjangkan perkara tersebut kepada jabatan-jabatan yang berkaitan bagi meringankan beban yang di tanggung oleh keluarga Faridah. Justeru, peranan yang dimainkan oleh ADUN Batu Kurau ini dilihat sebagai pemimpin sejati yang sentiasa prihatin terhadap kesusahan rakyat, di samping memikirkan dan melaksanakan janji-janji untuk membela nasib rakyat di kawasannya. (KK13: 28 Februari 2012 - Oleh: Azizah Ayub)
Sumber: Blog DUN Batu Kurau
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 07 Jun 2012 04:30 |