|

Untuk Keselesaan Semua
Pelbagai jenis kemudahan prasarana dibina di Kampung Sempeneh Cempaka demi mendekatkan jurang kemajuan antara masyarakat luar bandar dan bandar. Keseluruhan penduduk kampung menerima bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih. Kemudahan prasarana seperti surau, perpustakaan, masjid, institusi pendidikan, telefon awam dan perhentian bas turut dibina untuk keselesaan penduduk kampung. Sistem jalan raya yang efisien turut memudahkan para penduduk Kampung Sempeneh Cempaka untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pendek kata, seluruh penduduk Kampung Sempeneh Cempaka kini hidup selesa atas inisiatif pihak kerajaan.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 09:14 |