|

Mengutamakan Keselamatan Penduduk
Aspek keselamatan penduduk di Kampung Sempeneh Cempaka berada di bawah tanggungjawab pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis yang paling hampir dengan Kampung Sempeneh Cempaka ialah Balai Polis Batu Kurau yang terletak kira-kira 10 km dari kawasan kampung. Terdapat juga pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Pertubuhan RELA di sini beroperasi di bawah seliaan Platun RELA Sempeneh. Anggota RELA terdiri daripada anak-anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung berada di tahap yang terkawal. Biro Keselamatan di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sempeneh Cempaka turut membantu ahli RELA dalam memastikan keamanan dan juga keselamatan penduduk kampung.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 09:16 |