|

Penduduk Sihat, Kampung Ceria
Tiada kemudahan klinik yang disediakan di Kampung Sempeneh Cempaka. Namun, terdapat sebuah klinik kesihatan dan klinik desa di kawasan berhampiran. Klinik Kesihatan Batu Kurau terletak 10 kilometer dari kawasan kampung manakala jarak ke Klinik Desa Kampung Perak ialah kira-kira tiga kilometer.
Klinik Kesihatan Batu Kurau menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan ibu mengandung, pemeriksaan tekanan darah dan juga pemeriksaan bayi. Kebanyakan penduduk kampung akan datang ke sini jika mempunyai sebarang masalah kesihatan. Jika mereka memerlukan rawatan susulan, mereka akan mendapatkan rawatan di Hospital Taiping yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sempeneh Cempaka.
|
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 07:54 |