Kampung Sempenih Cempaka
Perak Darul Redzuan
Populasi

Anak Jati Perak

Jumlah penduduk di Kampung Sempeneh Cempaka dianggarkan seramai 1,000 orang.  Jalan raya merupakan sistem perhubungan utama bagi penduduk kampung.  Oleh itu, rata-rata rumah penduduk dibina secara berderetan di sepanjang jalan.  Ada juga yang tinggal secara bertaburan di sekitar kawasan kampung.  Dianggarkan terdapat hampir 300 buah rumah yang dibina di sini. 

Keseluruhan penduduk di Kampung Sempeneh Cempaka ialah kaum Melayu yang beragama Islam. Mereka merupakan anak jati Negeri Perak Darul Ridzuan.  Kehidupan masyarakat di sini masih lagi berteraskan nilai-nilai murni yang mementingkan semangat kejiranan dan mengutamakan ikatan silaturahim antara sesama mereka. 

Amalan-amalan yang diwarisi sejak turun temurun seperti ziarah-menziarahi dan bekerjasama dalam kenduri-kendera masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Sekiranya terdapat kematian di dalam kampung, mereka akan bersama-sama menguruskan jenazah dan membantu keluarga tersebut.  Justeru, tidak hairanlah penduduk di Kampung Sempeneh Cempaka dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni.

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 08:42
 

Perpustakaan Desa Gugusan Sempeneh, Kampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan

Hit Paparan Kandungan : 14254
Kemas Kini :
14-09-2012 08:16