Kampung Sempenih Cempaka
Perak Darul Redzuan
Sejarah

Misteri Gua Batu Kapur

Kampung Sempeneh Cempaka dipercayai telahpun wujud sebelum tanah air mencapai kemerdekaan lagi. Menurut cerita orang-orang tua, nama Sempeneh diambil bersempena sejenis pokok yang suatu ketika dahulu tumbuh melata di sini. Pun begitu, kampung ini turut mempunyai beberapa tarikan sejarah tersendiri. Antaranya ialah kewujudan sebuah gua batu kapur yang sehingga kini menjadi salah satu misteri kepada penduduk kampung. 

Menurut orang-orang tua kampung, gua batu kapur ini suatu ketika dahulu adalah sebuah istana yang telah disumpah oleh Sang Kelembai menjadi batu. Menurut mereka lagi, kisah legenda ini berkait rapat dengan Hikayat Raja Bali yang suatu ketika dahulu pernah berkunjung ke sini. Istana yang dikatakan telah disumpah kini menjadi salah satu daya tarikan utama buat peminat alam semula jadi untuk melihat keindahan stalaktit dan juga stalagmit yang terdapat di dalam gua batu kapur ini. 

Terdapat beberapa buah gua yang diberi nama berdasarkan kepada rupa bentuk stalaktit dan juga stalagmit yang terdapat di dalam gua. Antaranya ialah Gua Harimau, Gua Bersanding, Gua Bertapa dan Gua Kelawar. Gua-gua di sini berkait rapat dengan asal usul dan juga sejarah Kampung Sempeneh Cempaka. 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 08:54
 

Perpustakaan Desa Gugusan Sempeneh, Kampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan

Hit Paparan Kandungan : 14195
Kemas Kini :
14-09-2012 08:16