Kampung Sempenih Cempaka
Perak Darul Redzuan
Sosioekonomi

Tertumpu Kepada Sektor Pertanian

Penduduk di Kampung Sempeneh Cempaka lebih tertumpu kepada sektor pertanian.  Sebahagian besar daripada mereka menjadi penoreh getah dan mengusahakan kebun getah milik sendiri.  Harga getah yang pernah merudum suatu ketika dahulu nyaris-nyaris membuatkan mereka berubah haluan kepada pekerjaan lain.  Namun atas berkat kesabaran, harga getah yang kini melambung telah memberikan hasil yang cukup lumayan buat mereka. 

Bagi golongan muda pula, ada di antara mereka yang berhijrah ke ibu kota untuk mencari rezeki. Ada juga yang bekerja di kilang-kilang sekitar Bandar Taiping.  Bagi mereka yang mempunyai dusun buah-buahan, kedatangan musim buah sememangnya ditunggu-tunggu.  Hasil buah-buahan seperti durian, manggis dan langsat sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar buah-buahan tempatan.  Secara tidak langsung, mereka dapat mempromosikan keunikan buah-buahan tempatan kepada para pengunjung.

Ada juga segelintir penduduk yang memajakkan sawah padi mereka kepada penduduk di kawasan sekitar.  Pendapatan bulanan ini digunakan untuk menyara kehidupan keluarga.  Perniagaan kedai runcit dan juga kedai makan turut menjadi salah satu mata pencarian penduduk di Kampung Sempeneh Cempaka.

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 26 Mac 2010 03:21
 

Perpustakaan Desa Gugusan Sempeneh, Kampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan

Hit Paparan Kandungan : 14249
Kemas Kini :
14-09-2012 08:16