Kampung Sempenih Cempaka
Perak Darul Redzuan
Wanita

Meningkatkan Pendapatan Keluarga

Wanita di Kampung Sempeneh Cempaka sentiasa peka dan turut memikul tanggungjawab demi meringankan beban suami masing-masing. Sebahagian kecil daripada mereka berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan membuka kedai runcit, menjual kuih-muih dan mengambil upah menjahit pakaian. Lazimnya, perniagaan menjual kuih-muih tradisional dilakukan secara kecil-kecilan.  Pendapatan yang diperoleh hasil penat lelah mereka sedikit sebanyak membolehkan keluarga mereka hidup lebih selesa.

Aktiviti-aktiviti keagamaan turut diadakan di Kampung Sempeneh Cempaka. Ini adalah untuk melahirkan golongan wanita yang solehah dan berpegang teguh kepada landasan agama Islam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan majlis bacaan Yasin, kelas Tadarus Al-Quran, kelas Fardu Ain, ceramah agama dan marhaban. Aktiviti-aktiviti keagamaan ini akan diselia oleh seorang guru agama yang berpengalaman luas dalam bidang agama.  

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 29 April 2010 08:59
 

Perpustakaan Desa Gugusan Sempeneh, Kampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan

Hit Paparan Kandungan : 14253
Kemas Kini :
14-09-2012 08:16