Kampung Seri Jugra
Selangor Darul Ehsan
Sejarah
Indeks Artikel
Sejarah
KK11: 27 September 2011
Kemas Kini: 25 Okt 2010
Artikel Asal
Semua Halaman

kk16_srijugra_sejarah

Penemuan Artifak Lama Di Bukit Jugra

Beberapa artifak berupa serpihan tembikar, peralatan logam dan pecahan genting lama ditemui di dua tapak kerja ekskavasi di Bukit Jugra Lama, Banting. Ia ditemui di lokasi yang menempatkan pejabat daerah dan satu tapak lain terletak kira-kira 50 meter dari bangunan itu yang dipercayai tempat membayar cukai semasa pemerintahan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad dari tahun 1859 hingga 1898. Serpihan tembikar yang ditemui berasal dari China dan Belanda, manakala peralatan logam dipercayai alat pembinaan. Tapak ekskavasi itu terletak tidak jauh dari Muzium Insitu, Jugra yang pada asalnya adalah bangunan Balai Polis Jugra pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Tapak itu belum pernah diteroka mana-mana penyelidik dan tiada sebarang penulisan berkaitan bahan sejarah atau arkeologi di Jugra.

Kerja-kerja ekskavasi yang melibatkan usaha sama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan Jabatan Sejarah dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) itu bermula 18 Jun 2012 dan disertai 21 pelajar UM yang diketuai Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Sains Sosial, Profesor Dr Mohd Supian Sabtu. Menurut Pengerusi PADAT, YB Dr Shafie Abu Bakar, kerja ekskavasi di kedua-dua tapak berkenaan kini siap antara lima hingga sepuluh peratus dan akan diteruskan sehingga Disember 2012. Beliau memaklumkan satu kompleks pentadbiran kerajaan Selangor yang lengkap seluas 20 hektar dipercayai terdapat di Jugra berikutan penemuan itu. (KK16: 4 September 2012 - Oleh: Azizah Ayub)



Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 07 Februari 2013 06:25
 

Perpustakaan Desa Kampung Seri Jugra, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Hit Paparan Kandungan : 21308
Kemas Kini :
19-03-2013 02:55