Nur Hidayah
JKKK

Peranan Rukun Tetangga

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan berlandaskan visi JKKK iaitu ke arah perubahan sikap masyarakat dan kualiti hidup yang lebih positif. Walau bagaimanapun, di Perbandaran Seri Manjung, Rukun Tetangga  (RT) memainkan peranan penting untuk mewujudkan persekitaran masyarakat yang harmoni dan berdaya maju. Ia hanya dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti dan kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan. 

Oleh sebab faktor keselamatan adalah kunci kepada kesejahteraan  hidup, RT  memainkan peranan  dengan mengadakan rondaan dan kawalan keselamatan dari jam 12.00 malam hingga jam 5.00 pagi secara berjadual atau secara bergilir.  

Selain itu, RT sentiasa memainkan peranan untuk memupuk semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan penduduk di bandar ini. Penganjuran aktiviti sukaneka, gotong royong, ceramah pendidikan dan sebagainya sering diadakan. RT Perbandaran Seri Manjung dipengerusikan oleh Ahmad Fuad dan Setiausahanya Ahmad Boestaman. 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 05 Mei 2010 04:39
 

Perpustakaan Desa Masjid Nurul Hidayah, Masjid Nurul Hidayah, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Hit Paparan Kandungan : 19635
Kemas Kini :
08-04-2013 04:59